MEMBAWANG

by - Wednesday, May 15, 2019



Assalamualaikum ... Selamat menyambut Ramadhan.

How was your day? Nampak tak topik atas tu.. 'membawang' . Sejak bila perkataan ni wujud pun aku tak ingat. Siapa wujud kan pun aku tak tau. Tau tau viral dah perkataan ni & sampai ke harini kita pakai. Majoriti orang pakai la perkataan ni.

Bulan puasa ni bulan mulia. Bukan bulan membawang dan menganyam ketupat untuk akhirat ya.

Haritu ada kakak saudara ni pos pasal orang membawang. Lalu aku pun terkena tempias.
Orang yang banyak membawang ni orang yang tua selalunya. Kenapa? Mungkin sebab makan garam terlebih atau mereka banyak masa senang. Yang sedih bila orang yang suka membawang, suka underestimate orang ni keluarga sendiri.Selalunya mak cik mak cik la. Macam dalam cerita CURI CURI CINTA. *selit sikit drama ramadhan* . Mak Long dia kan suka membawang dok kutuk anak saudara sendiri (dalam drama). Haaaaa. Ini terjadi je sebenarnya dalam dunia sebenar.

Next,

Ada pula jenis membawang & menjadi perisik dalam masa yang sama. Ini kelakar tapi benar . Dok korek perihal anak anak saudara nak jadikan bahan cerita macam dia lah segalanya tahu semua benda. Lepas tu dok jaja cerita orang. Judge orang, arah anak orang sesuka hati walaupun mak pak dia tak dak cakap apa pun. Dia dok over. -.-'

Yang lagi kelakar bila geng makcik kepochi tanya ''weh. anak kau bila nak kawin. anak kau tak ada orang nak ke. aku ada. meh aku jodoh kan'' . Ewah ewah lah makcik. Perlu ke ambil job part time. Nak carikan jodoh ke ? Pi buat iklan sana. Tau dak ang dok tanya itu ini kadang mak budak tu terasa hati.

EUUUUWWWWW. CANNOT BRAIN LAH !

Mak aku pun tak gitu tau. Nasib mak aku dan angkatannya relax chillax.Jiran jiran aku pun idok ler gitu. Mungkin sebab tak la rumah tu rapat rapat sangat.

Geng geng membawang untuk budak muda pula, geng sosial media. Budak budak apa orang panggil.. Budak yang full dengan Socmed. Gitu lah bunyi dia. HAHAHA. Pusing pusing geng dorang kenal orang sama. Sat lagi dok membawang. Tu legend lah. Aku pernah lalui la zaman tu. Bila ingat balik, aku ketawa sendiri. Tu nama nya Geng Membawang untuk saham sebelah 'kiri' kat akhirat. Jangan main main. Depa goreng bagi garing. Lepas tu depa ngap ! Makan berjemaah bawang goreng tu.

Pelik tapi benar.... membawang~ 

Untuk geng geng yang usia meningkat , sudah la weyh nak membawang macam minum ketum je gaya. Udoh ler membawang, lepas tu ngata tak ingat dunia. Orang meluat tau dak? Untuk mak cik pakcik , nak membawang boleh. Tapi jangan la over. Nak judge anak saudara sendiri pun beringatlah. Ang tu tua dah. Anak dah besar. Ingat sikit yang ang pun ada anak. Jangan esok lusa anak ang tu macam orang yang ang dok kata. Bahaya tau.

Nasib la mak pak aku ajar kami adik beradik ni untuk belajar biaq pi kat orang luar sana nak kata apa. Lagi best, aku jual kuih. Tapi ada la manusia dok jadi perisik & mengata. Alah alah alah. Kesiannya hidup dia. Dok kutuk orang ja gheja dia. -.-' 

Lagi satu, mulut tu kena jaga tau. Bahaya kalau ang drama mcm konon kisah pasal orang padahal ang dok merisik perihal orang nak jadikan bahan. Lambat laun orang akan tau ang jenis mcm mana. Orang pun meluat nanti. Kalau betul la ang concern, biaq la concern tulus ikhlas dari hati. Bukan nak pi jaja sana sini, sat lagi sound anak orang. 

Yang kelakar... Meh aku share, ini kisah benar.. Bukan jadi kat aku & adik beradik aku la yang pasti. 
Ada makcik ni sound budak ni " kenapa kau kena kerja jauh? tak boleh ke kerja dekat dekat" ----
Makcik ni makcik dia. Mak budak tu tak cakap apa pun. Mak dia doakan yang terbaik ada la untuk anak dia. Offer tinggi kot. Gaji dia tu dia nak bantu mak pak dia. Yang ang dok menggelabah dah kenapa. Dah tu pi jaja budak tu kerja jauh untuk motif lain yg lagi kukuh la kononnya -.- I cannot brain lah this kind of mak cik. WHY? WHY OH WHY?

Orang buat silap dalam hidup, boleh merangkak jalan atas titi untuk betulkan diri sebab nak berubah tu susah. Berubah ke arah kebaikan. Tapi, kalau kau rasa kau membawang over sangat tu bagus sebab diri kau bagus, itu silap. Mungkin kau berjalan kat titi yang dah terbalik kot. 

P/s : Membawang tu sebenarnya boleh dibendung. Kawal sikit membawang agar tidak membusuk. Jangan membawang dengan hati yang busuk. Sebab busuk tu macam bau stokin busuk yang ada ikan busuk dalam tu. HAHAHAHA. 

Sorry teremosi sikit. Selamat menyambut ramadhan ya rakan-rakan. May Allah ease everything & kita sentiasa dipelihara serta dijauhkan dari melakukan perkara mazmumah. 




You May Also Like

0 cotcet