H O L D

by - Tuesday, August 07, 2018

Hi, Assalamualaikum !!

H O L D !!

Wait !!! *just kidding*

Pernah tak korang suka lewat kan kerja korang macam aku ? Pernah tak korang lewat lewat bangun tidur walaupun tahu korang kena bangun awal ? Itu hakikat as manusia. Kadang-kadang kita memang saja suka suka nak hold itu ini.

Bila fikir kan balik , korang rasa H O L D ini bersifat positif ke negatif ? *cepat fikir*

Moh ler kita positif sikit ye . Macam Prof.Muhaya selalu ingatkan followers dia... Kita kena sentiasa positif, kita kena sentiasa bersangka baik & macam macam sebab benda positif akan bawa aura positif. Benda positif pun akan bagi kekuatan minda yang utuh. 

Benda baik ni , kita bukan dapat terus. Maksud aku kat sini , bukan kau doa tu .. *pup* ! 
terus dapat apa kau doa. dugaan mesti ada. Kalau kau nak ubah sesuatu pun confirm dugaan besar.
Bukan datang bergolek. Sebab tu orang selalu cakap...

Nak buat benda jahat ni senang. 
Nak buat benda baik ni susah. 
 Nak susah itu senang.
 Nak senang itu pula susah. 

Faham tak ayat tu ? *hahahahaha* 
Maaflah kalau tak faham ya.

H O L D 

dari sudut positif ni ... ada satu benda paling win untuk zaman sekarang . 
H O L D your words. Watch your tounge. 

Budak zaman sekarang ya. Suka cakap kasar. Suka bernada tinggi.
Suka carut sesuka hati. Ya Allah. Aku paling menyampah dengar orang sebut perkataan
"s i a l" . Bahagia nya bila cakap perkataan tu. Tau dak bila carut kan. Satu carut , satu titik hitam

Eh cop. 
Siapa baca ni mesti ada suara suara halus berbisik " eleh. dia ni cakap orang tapi dia macam tak pernah carut. macam la baik sangat"...

Come on... Aku ni manusia biasa weyh. Ada juga carut. Tapi tu la. Dah makin tua. Kurang sikit nak carut. Aku pun tak la baik. Banyak salah silap aku buat. Tapi aku tak boleh putar masa untuk betulkan keadaan. See.... 

Kalau aku boleh H O L D semua benda tu kan. Tak ada la aku buat silap dalam hidup aku sampai kadang sendiri yang tak maafkan diri sendiri. Orang dok nampak aku HAHAHA, HIHUAHUA sana sini. Tapi dalam hati siapa ja tau ? Sebab tu have faith in Allah tu penting. Kita selalu cakap
 " cakap pandai la. kau tau apa. aku yang rasa. kau tak rasa boleh la cakap."
 Ini sikap manusia. Sama macam aku... Tapi pandai pandai merangkak. Cuba keluar dari zone yang macam tu sebab kita perlu. Cuba positif sikit amek dari apa orang cakap walaupun suara halus tu kuat ngomel dalam kepala otak. Kadang hati kita ni boleh cakap benda buruk tapi otak lawan dengan positif. Cuba la buat gitu. haaaa...

Eh berbalik ke topik tadi...

Jangan la carut. Jangan la dok cakap kasar-kasar. Jangan la nak tinggi nada dalam berbicara. 
Tak sopan tau dak. Menyakitkan hati ada lah. Cuba kalau korang cakap kasar kasar, sat lagi cakap kasar tu pula dengan orang yang baran.. *Panggggggg*  kena pelempang  Kan tak memasal kena lempang.

Memang ada orang kata ... "jangan kerana mulut badan binasa'' ni la dia. jangan kerana mulut , sat lagi mulut hang berdarah. Ada orang penyabar sikap dia. Ada orang jenis cakap lepas. Boleh nak cakap lepas. Tapi tengok dulu siapa kau nak lepas. 

Ni salah satu H O L D yang positif la . Selain tu , H O L D perilaku. Ni susah sikit nak kawal. Sebab tiap tindakan kita ni datang dari dalaman. Dalaman baik , maka baiklah penampilan serta perilaku.  Kenapa orang dok suruh muhasabah la apa la. Sebab benda ni la. Bukan senang tau nak kawal diri dari sikap mazmumah. Kalau mampu H O L D dari buat benda tak patut itu senang , aku pun takkan buat silap. 

Kita manusia. Akan buat silap. Yang penting jangan H O L D diri untuk positif dan berubah ke arah yang lebih baik. Orang nak kata belakang ke , depan ke . Biar kan ! Yang penting kita tahu diri kita. Kita tahu arah tujuan hidup kita. Kadang-kadang jaga solat sebab nak sentiasa dekatkan diri. Nak sentiasa Allah tu tingkatkan iman kita. So that kita rasa secure sikit dari nak buat dosa. Tapi mesti ada yang cakap belakang "Eleh dia tu. Solat. Tapi buat juga benda tak patut.Kau ingat tak dia ........" membawang lalu ungkit salah masa lalu . Sebab orang orang macam ni wujud. Yang penting diri kita. Letakkan benda tu kat tepi. Orang-orang macam ni akan lalui apa yang kita lalui. Saat dia sedar nanti , saar dia nak berubah , dia akan rasa benda macam ni sebab ini laluan . Laluan dugaan dari segi mental dan rohani. 

Meh intai H O L D negatif.. 

Kita tengok satu situasi yang aku dok kena hadap 5 hari seminggu ya . Senang sikit nak bagi contoh. Pukul 1pm. "Woahhhh . rehat ! nak makan la" In fact , 12:30pm aku dah prepare nak makan apa. hahahaha. 
tetiba 1:45pm bunyi azan zohor. tengok jam kat dinding lalu... 

"kejap lagi la. nak habiskan movie sat. tengah rehat ni. kang kena sambung kerja balik ni" 

Nampak tak ? Tangguh solat sebab movie. Kebiasaan berlaku tau tak. Sedangkan aku tahu & pernah diingatkan dengan " Allahuakbar " * Allah Maha Besar * ....

Pernah seorang senior. Nama dia Hafiz. Senior SMAPL
Dia pesan .. bila dengar azan , pergi solat terus. Sebab Allah itu Maha Besar.


Kembali kisah ke zaman dahulu di mana ada seorang hamba Allah tengah susun batu bata. Tinggal satu je lagi maka siaplah rumah yang dibina. Tapi dia tinggalkan satu bata. Yang lain tanya kenapa tak siapkan.
 Maka dia jawab dengan persoalan 
"Allah Maha Besar. Allah lagi besar daripada batu bata atau sebaliknya?" 

Hebat sungguh . Aku ni sedar cerita pasal tu tapi still ulang benda sama. Tangguh solat. Korang jangan jadi macam aku naaa. Dok leka movie. Pukul 2 dok buat kerja... Sedap sambung buat kerja , tengok tengok dekat pukul 4 petang.. Maka jadilah solat dihujung tanduk.. Solat hujung tanduk , solat kejap on kejap tak. Lepas tu tanya Allah kenapa ini jadi & itu ini. Rasa-rasa layak ke kita tanya ? Layak ke kita doa hujung tanduk lepas tu nak semua cepat cepat ? fikir kan yaaa...

Ada pula cakap " dia tak solat tapi kaya. dia tak sedekah tapi kaya. dia bahagia je ...." 

Tu pula nama nya ISTIDRAJ .. 
Allah H O L D redha Allah tapi bagi nikmat dekat hamba-Nya. 
Ini lagi bahaya. Haritu ibu ada share video dengan aku pasal hartawan ni hidup enjoy. Kaya gila weyh. 
Tapi satu hari Allah uji dengan kanser. Tu peluang dia untuk taubat & dekat kan diri ke jalan Allah. Rezeki dia. Dia jadi seorang yang sangat sangat alim. Dia tengok kawan kawan dia kena panggil menghadap Ilahi masa tengah sedap party. Tapi dia , Allah bagi peluang. Tiap orang lain perjalanan hidup. Cara kita dayung
sampan dunia yang penting. 

Tak ada orang tak pernah buat silap. Tak ada orang yang sentiasa perfect . Tapi macam mak aku, dia 
antara orang yang aku sangat respect. Tak pernah melawan apa mak ayah dia cakap. Jujur. Ramah. Penyabar. Aku sendiri tak macam mak aku. Tapi mak aku diuji dengan macam macam dugaan. Dia tabah. 
Aku dok harap aku macam dia. Boleh jadi macam dia even rasa diri dah tua & terlambat. Dok harap biar lah anak aku macam mak aku & ayah aku. Bertuah aih jadi anak depa. Ayah aku pula suka bebel. Bebel yang bagi nasihat la. Even kadang penat nak dengar , tapi sometimes menusuk jiwa la juga. Jenis ayah aku pula , kerja tu hardwork macam nak gila tapi jangan nak macam macam. Sat lagi dia ceramah + bebel. Sebab katanya manusia mudah lupa. hahahaha 

Aku macam nak share video. Tapi nanti la ye.

Jadi kepada kalian , kalau nak H O L D tu fikir tu. Terutama H O L D dalam solat. 
Kalau nak biadap pula fikir dulu. Patut ke H O L D atau teruskan biadap lalu menyakiti hati
orang. Sebab bila orang sakit hati, boleh jadi orang rasa diri tak dihargai. 

Till we meet again ! Assalamualaikum. Have a good day ! 


You May Also Like

2 cotcet