B U T A

by - Wednesday, August 15, 2018

Hi !

assalamualaikum !


Apa khabar kalian ? Sihat atau kurang sihat ? Meh borak sat sementara tunggu system aku loading ni haa. Asyik topik serious je. Bosan la pulak. Nak tanya sikit la.. Pernah tak korang rasa marah sangat sangat , kecewa bebeno (version Perak sikit) , in the end.... Korang okay je bila orang tu depan mata..

Apa kaitan tajuk post dengan inti post ? Chill la. Tu nama nya buta. Cinta itu membutakan. Ecewah...
Sayang itu pun membutakan. Sebab rasa sayang , rasa cinta terhadap seseorang mampu buat kita rasa teguh.. Rasa sabar .. Rasa untuk bagi peluang and put aside apa yang menyakitkan hati. Tambah.....
Sebelum tidur tu maafkan orang lain dan berharap agar diri ini pun dimaafkan andaikata tersakitkan hati orang lain. Baru nyaman .... Even aku buat macam tu , nyaman tu kat hati. Sebabnya ada je aku siap mimpi hati walau hati ku nyaman. Ini , aku panggil as nyaman tak berapa nyaman. HAHAHA.

Rasa sayang , hei ! Rasa sayang , sayang hei ! Tak semestinya nak kena peluk , cium berkepit 24 jam aih. Rasa cinta pulak abstrak. Idok nye nak kena dok i love you tiap masa. Macam aku dengan laki aku la.. Lagi la berminggu tak jumpa. Bila jumpa chill saja. HAHAHAHA. bukan takat chill.. siap gaduh lagi.. padahal dah berminggu tak jumpa. Tapi ce fikir.. Sampai bila ? Tak payah nak pujuk pujuk bagi anak patung ke coklat ke.. Elok sendiri. Idok nye laki aku belai belai rambut ke bagai ye. Dia kemas kan barang aku pun aku dah wahhhhhh. Elok sendiri hati tu. Positif sendiri. Nampak tak? Padahal kemain marah lagi. Power of LOVE ! sendiri marah sendiri elok. dok drive nak ke office pula aku fikir , buta sungguh aih. padahal kemain marah lagi semalam petang. Bila dia sakit tengkuk apa.. Hati terdetik sendiri " buta aih. betul la cinta tu buta. kemain marah . jap lagi kesian kat dia."


Pernah tak korang macam ni ? Jangan nak tipu la kalau tak pernah. Aku ni kalau bertengkar dengan adik pun aku siap rasa kengkonon tak mau ah tegur dia dulu. Tapi kalah.. Sebab apa ? Sebab sayang la. Cuma ada jenis orang, dia sayang .. dia boleh luah. macam aku, nope. susah aih. cuba tanya adik adik aku.. Payah lahai nak cakap "ngah, i love you !" kalau aku cakap macam tu confirm kena maki. HAHAHAHA.


Kiranya , kalau orang yang selalu rasa macam empty, nak marah orang je kerja dia .. Dia ni macam kurang kasih sayang. Solution untuk asyik nak marah , nak kerut dahi , sila duduk diam.. istighfar dan ingat siapa yang ada kat hati korang and siapa yang sayang korang.



Jangan nak stress selalu ya. Buta sekali sekala tak apa. Buta yang membahagiakan..





Meh layan lagu ni dulu ya....  Have a good day !







You May Also Like

0 cotcet