PELUANG

by - Wednesday, November 11, 2015

Assalamualaikum

Hello ! *lagu Adele berkumandang*


;)




Saat aku sendiri
Saat aku berpaut
Aku berpegang pada dahan
Aku bergelut sepenuh hati

Namun 

Apa daya ku ?
Apa kekuatan ku ?
Aku khilaf .
Aku buntu 

Berbekalkan ilmu sebesar zahrah
Berbekalkan rasa gundah
Berbekalkan isian Redha 

Redha pada ketentuan-Nya
Namun sayang,
Aku sekali lagi tergelincir
Hanyut untuk redha pada saat dan ketika
Hanyut kian hanyut.

Kembali mencari sinar
Kembali menyulam redha atas ketentuan Ilahi 

Itulah titian harian ku 
Titian tiap hari , tiap ketika
Mencari destinasi yang dekat di hati 

#Dhia


Kadang-kadang kita leka dengan duniawi.
Kadang-kadang kita alpa kejar apa yang kita nak

Kadang-kadang kita sentiasa merasakan apa yang 
kita lakukan itu sentiasa betul.

Kadang-kadang kita rasa apa yang orang tegur tu salah
Kadang-kadang diri kita dipacu oleh nafsu 

Peluang itu sering kali datang. Tapi kita yang alpa .
Kita lupa yang kita sentiasa dapat peluang. 
Kita lupa yang kita sentiasa diberi kesempatan untuk
perbetulkan masalah. 

Namun ...


Sebagai manusia . Perasan tak satu benda.
Bila dah hilang barulah reti nak hargai. Nak menyesal
Merangkak mencari sesuatu. Mencari seseorang 
untuk perbetulkan masalah.


Peluang itu memang ada. Setiap orang layak untuk terima.
Tapi ingatlah. Kita ni manusia. Manusia yang tak terlepas dari 
buat kesilapan. Kita tak dilahirkan dengan sifat maksum .

Ambil peluang itu sebaik mungkin sebelum terlambat !

Sebab....

Bila kau paksa orang untuk bagi peluang . 
Dalam keterpaksaan orang tu bagi kau peluang.
Tapi harapan kau tipis . Setipis kulit bawang . 

Apa pun jadi kau kena bersiap sedia dari segi minda 
untuk terima ketentuan & keputusan yang akan kau dapat.


Setiap jalan yang kita ambil akan ada risiko yang tersendiri.

Contoh : Pilih epal atau oren ... 

Kau nak epal ke oren ? Kalau kau ambil epal ,
kau dapat khasiat dalam epal tapi bukan oren.
Kau akan hilang peluang rasa oren.

Sama juga kalau kau pilih oren.



Apa yang aku nak tegaskan kat sini

Apa pun keputusan kau ambil. Akan ada risiko tersendiri
Yang penting buat keputusan ikut masa kau tenang.


Macam abuya (ayah aku) selalu pesan ,


"bila buat keputusan , cakap , jangan ikut emosi . jangan ikut nafsu "


Senang cerita , selagi korang ada orang korang sayang dalam hidup korang..

Ambil peluang untuk hargai setiap saat dan ketika.

Hidup dan pelayaran dekat dunia ni sekali je. 

Hargai peluang yang ada. Peluang selagi bernafas.
Setiap keputusan yang diambil , fikir sebaik mungkin.

Sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain.

Kalau kau tak sayang diri kau sendiri , tak mampu bahagiakan diri sendiri,
harapan lah kau nak sayang orang lain. 

Ingat tu . Gunakan peluang sebaik mungkin. 

Jangan sampai nasi jadi bubur. 
Sesal kemudian tidak berguna.
Eh ! berguna la juga. Sebagai pengajaran . haaa.



Have a nice day ! Sekian sahaja sesi bebelan dari aku. 

Assalamualaikum

You May Also Like

0 cotcet